Friday, April 6, 2012

Fablous Global Sdn Bhd merupakan syarikat hak milik mutlak bumiputra yang beroperasi sepenuhnya dalam bidang Jualan Langsung dan diterajui sendiri oleh Primadona Tanahair, Dato' Sarimah Ahmad. Sebelum tertubuhnya syarikat ini, kami telah membuat penyelidikan bertahun-tahun bersama pakar khususnya dari Mibelle Bio-Chemistry, Switzerland dalam usaha mencari jawapan untuk tampil kekal sihat dan cergas.

Di terajui oleh pakar berpengalaman luas dalam pelbagai bidang seperti Pentadbiran, Pemasaran, Sistem Peniagaan, Farmasi, Promosi serta Periklanan dan sebagainya, Fablous Global Sdn Bhd dijangka mampu bersaing dengan syarikat-syarikat jualan langsung yang bertaraf dunia.

Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai daya saing yang tinggi, kami amat menitik beratkan pelbagai aspek terutama dari segi kualiti dan keberkesanan produk yang ingin dipasarkan, sistem pemasaran yang menjurus kepada penjanaan pendapatan setiap ahli berada ditahap yang tinggi, promosi yang berpanjangan, pemantauan kepuasan setiap pengguna dan ahli agar berada ditahap maksima dan sebagainya.

Pelbagai penyelidikan dilakukan khususnya terhadap produk yang dipasarkan dan sistem perniagaan yang diwujudkan dari masa ke semasa bagi menjamin keutuhan Fab'lous dalam mendapat pengiktirafan khususnya di Malaysia dan seterusnya peringkat antarabangsa.




Dr Mohd Nizar Bin Zakaria 
Pengarah Perubatan  - Fablous Global Sdn Bhd

Dr Mohd Nizar Bin Zakaria berkelulusan perubatan (MBBS) dari University of Adelaide, Australia dan setelah berkhidmat di Jabatan Pembedahan Orthopedik Hospital Kota Bharu. Beliau telah ditawarkan bekerja di Hospital Penawar Pasir Gudang dan di rangkaian Poliklinik Kumpulan Perubatan Penawar di sekitar negeri Johor.

Beliau kemudiannya memulakan perniagaan sendiri di Kuala Lumpur sebagai perunding dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada beberapa kementerian kerajaan, firma-firma korporat dan syarikat berhubung kerajaan (GLC). Berdasarkan latarbelakang perubatan, kemahiran pengurusan serta pengalamannya yang luas sebagai perunding korporat, Dr Mohd Nizar berhasrat untuk membangunkan Fablous Global sebagai platform perniagaan produk kesihatan bertaraf dunia yang berwibawa dan disegani.


Dato' Sarimah Ahmad
Pengerusi  - Fablous Global Sdn Bhd


Merupakan Primadona Tanahair yang dikenali dan disayangi ramai, beliau adalah seorang yang sangat mengambil berat soal kesihatan, kecantikan serta penampilan. Dalam usia mencecah 70 tahun, beliau masih lagi aktif menjalankan aktivit kebajikan bersama KARYAWAN dalam memperjuangkan nasib artis-artis veteran dan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik.
Atas kesedaran tersebut, maka lahirlah Fablous Global Sdn Bhd berganding bahu bersama KARYAWAN dengan harapan ianya dapat membantu semua golongan AGAR KEKAL SIHAT, KEKAL CERGAS. 


Haji Ainuddin Hasim
Pengarah Urusan  - Fablous Global Sdn Bhd


Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Tempatan dan telah mula berkecimpung dalam bidang perniagaan dalam usia yang muda. Kini beliau mempunyai empayar perniagaan dengan memiliki 11 syarikat yang terlibat dalam pelbagai industri termasuk industri pembuatan produk kesihatan berasaskan Stem Cell.
Beliau sangat komited dan berdedikasi terhadap perniagaan yang dijalankan dan mempunyai misi dan visi yang tinggi dalam meletakan Fablous Global Sdn Bhd sebagai peneraju industri jualan langsung. 














Tempahan Produk :

Pembelian Produk Fablous Primadona

Nama:
Alamat :
Nombor H/P :
Pilihan Produk : Produk Fablous - Rm 225.00
Jus Aprina B17 Aprikot - Rm 120.00
Jus Xtravita B17 Daun Belalai Gajah - Rm 155.00
Jus Pati Durian Belanda - Rm 188.00
Set Supplement - Rm 688.00
(Jus B17 Aprina + Xtravita B17 Daun Belalai Gajah +Fablous)

Set Lengkap - Rm 1198.00
(Jus Pati Durian Belanda + JUS B17 Aprina + Xtravita B17 + Fablous + Sabah Snake Grass + Aprikot Kapsul + Oradalin + Bromelin )

Sabah Snake Grass Extraxt (Powder) - RM 150.00
Teh Belalai Gajah - RM 35.00
Teh Durian Belanda _ RM 59.00
Buku perubatan Al-Quraan - RM 50.00
Kapsul Bromelain - RM 98.00 ( 60 biji)
Kapsul Aprikot - RM 93.00 (50 biji)
Kapsul Oradalin - RM 169.00 (60 biji)
Kapsul Amigdalain - RM 210.00 (60 biji )
Email Anda:
Pilihan Bank Anda: Maybank - Account No : 562209-623233
Cimb - Account No: 1434-0001696-109
Untuk Pertanyaan... Sila Tinggalkan Pesanan Anda Disini !!!

This form powered by Freedback

Testimoni